Penjelasan ringkas MLM dan skim piramid.... tak kesah la kalau sesuatu model bzns tu ada jual barang ke tidak...
MLM dan skim piramid itu akan jatuh HARAM kalau ada penaja dan pencarian ahli baru, yg mana ahli baru pula jadi penaja kpd ahli baru yg lain.... dan seterusnya, berperingkat-peringkat sampai infiniti (kata org MLM, atau kata upline) sedangkan, jumlah manusia itu finit. Jadi bila ada upline dan downline yg mempunyai syarat penyertaan seperti itu, bzns model tersebut akan collapse dalam masa singkat atau dlm masa yg lama, bergantung kpd syarat pencarian downline. Walaupun 50 tahun barulah ia collapse, ianya tetap satu skim piramid... dan jatuh lah keharaman nya mengikut fatwa Ijma' Islam Sedunia yg bersidang hampir 20 tahun lalu.
Kenapa ianya haram? Bila model bzns itu mencapai peringkat tepu (threshold), di mana tiada ahli baru/affiliate/reseller boleh di dapati (sama ada tiada lagi org minat atau semua manusia dah join sistem mala'un tu)... level yg terakhir itu akan rugi begitu sahaja, sedangkan yuran ahli telah dibayar, tetapi profit pencarian downline tidak diperolehi.
Seperti yg diketahui umum oleh org Islam, selain drpd akad yg jelas, timbangan/kiraan yg betul.... sesuatu sistem perniagaan mesti tiada penganiayaan... jadi dlm sistem MLM, jika terdapat ada ahli yg tiada downline, dia akan rugi begitu sahaja, dan secara logik kita org Islam... upline tu tanggungkan aje la dosa penganiayaan tu. Wallahua'llam.
Calculus utk menjangka peratusan kerugian ahli sesuatu bzns MLM:
Jika 1 cari 2: kadar kerugian adalah >50% drpd ahli yg join.... 1 cari 3: >67%, 1 cari 4: >75%, 1 cari 5: >80&, 1 cari 6: >83%, 1 cari 7: >86%... dan seterusnya.
(ditulis oleh Aidid Mu'addib dalam SAY NO TO MLM di facebook)
.. dan saya sendiri, MENYOKONG tindakan beliau untuk menentang MLM. dalam SNTM, cukup memberi fakta, bukti, pengiraan dan hujah2 yang sangat diterima akal. simple dan mudah difahami. :) aku mengaku dulu aku minat MLM, and cari duit lebih macam ni. tapi DAH TOBAT! MLM = HARAM! skim piramid! haram! haram! haraaaaam!!
No comments:
Post a Comment