If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
'Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.
There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor(Ooh)
So keep in mind all the sacrifices I'm makin'
To keep you by my side
To keep you from walkin' out the door.
'Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same, if you walk away
Everyday it'll rain, rain, ra-a-a-ain
I'll never be your mother's favorite
Your daddy can't even look me in the eye
Ooh, if I was in their shoes, I'd be doing the same thing
Sayin' "There goes my little girl
Walkin' with that troublesome guy"
But they're just afraid of something they can't understand
Ooh, but little darlin' watch me change their minds
Yeah for you I'll try I'll try I'll try I'll try
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make you mine
'Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same, if you walk away
Everyday it'll rain, rain, ra-a-a-ain
Oh, don't just say (don't just say) goodbye (goodbye),
Don't just say (don't just say) goodbye (goodbye)
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right
'Cause there'll be no sunlight
If I lose you, baby
There'll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same, if you walk away
Everyday it'll rain, rain, ra-a-a-ain
Monday, September 24, 2012
Monday, September 3, 2012
Tarian jemari yang penuh perasaan.
Hanya sebagai simpanan diri untuk berkarya. Tidak mahu sesiapa membacanya, hanya untuk diri sendiri.. :)
BERLIAN
Dia termenung. Kaku. Kejahilan dan kezaliman dunia merobek kejam, meragut nafas perasaan yang sekian lamanya tersemai. Dia redha, dia akur, dia tunduk. Cahaya matahari menggigit jasadnya, pedih, tetapi dibiarkan sahaja. Dia terus termenung. Tidak bergerak walau sedikitpun. Sekalipun diberi racun berkali-kali, dia tidak akan risau. Sekalipun menghadiahkan satu-satunya permata, dia tidak akan menyesal. Biarlah diketawakan, diperbodohkan, dia tetap redha. Timbul satu senyuman pahit teraut di wajah, cuba mengubati luka walaupun tidak akan berjaya. Tiada guna membenci, tiada guna untuk disesali, tiada guna untuk berundur lagi. Biarlah, hidup berjasad tidak berjiwa. Biarkan. Semahunya dia menjerit, membuang segala virus benci, membunuh orang yang sial terhadapnya, tetapi dia terus mengkakukan diri. Memujuk diri, meyakinkan diri, berbisik hati yang dia adalah berlian sebenar, bukannya kaca yang digenggam tetapi pecah terluka. Dia redha. Dia membiarkan. Gitar dicapai, jari menari hebat di tali. Terserapnya racun yang ditusuk hebat ke hati, terlukanya jiwa dengan kaca yang diberi, dia mulakan petikan tali. Tarian jari yang sungguh mengasyikkan, seiring dengan irama yang mengkhayalkan. Tenggelam di dunia sendiri, lemas di dakapan angin dan matahari. Dia memujuk diri.. Ah, biarkan. Aku adalah berlian sebenar yang tak terkata harganya. Bukannya seperti mereka, umpama berlian tetapi sebenarnya kaca yang langsung tidak berharga!
RINDU
Satu usikan nakal di hati
Teringat kembali satu memori
Sungguh indah tidak terperi
Ah, bibir tersenyum sendiri
Jantung mula berdegup kencang
Otak menari memainkan angan
Hati berfantasi menikmati sayang
Nafas perlahan terbuai kayangan
Deria meronta ingin mengecapmu
Jiwa mengamuk inginkan hangatmu
Bibir pucat mencari sang puteri ayu
Ingin mengucupmu tertumpah kasihku
Jantung semakin tidak keruan
Ingin ku lawan, tapi tidak tertahan
Rasa nak lari, tapi kau di hadapan
Seksaan terindah yang kau berikan
Aku benci perasaan ini
Membuatku derita, membuatku menyendiri
Sungguh derita, tapi kaku berdiri
Tidak mahu cakap, tidak mahu peduli
Ku biarkan perasaan ini
Mengamuk, menjerit membuta tuli
Ku takkan lafaz, walaupun sekali
Hanya dilafaz di dunia sendiri
-TIADA TAJUK-
Aku sudah letih untuk berbicara
Aku sudah letih untuk menjaga
Aku sudah letih untuk berduka
Aku sudah letih untuk keluarkan air mata
Aku berikan yang terbaik untuk semua
Aku berikan apa yang mereka suka
Aku berikan kegembiraan kepada mereka
Aku berikan segalanya kecuali duka
Aku merayu seikhlasnya kepadaMu
Aku bersujud sembah kepadaMu
Aku sumpah kesetiaan kepadaMu
Aku mohon seikhlasnya kepadaMu
Jika ada orang cuba mengkhianatiku
Jika ada orang sedang mengkhianatiku
Jika ada orang gembira mengkhianatiku
Jika ada orang menyukai untuk mengkhianatiku
Kau berikanlah azab kepada mereka
Kau berikanlah derita kepada mereka
Kau berikanlah penyeksaan kepada mereka
Kau berikanlah tetakan 300 pedang kepada mereka!!
Doa orang teraniaya akan dimakbulkan oleh Mu.
Aku yakin. Sungguh.
Amin Yarabbal Alamin.
LAKONAN TERHEBAT
Lakonan terhebat disaksikan seribu mata.
Tidak perlu skrip, cuma berkata-kata sahaja.
Pentingkan diri, persetankan semua.
Lakonan terhebat di alam semesta.
Mengatasi 7 petala langit, 7 petala cinta.
Ketawa dan air mata, semuanya palsu belaka.
Lakonan terhebat di seluruh dunia.
Apa kau peduli tentang kita.
Apa kau peduli tentang rasa.
Apa kau peduli tentang semua.
Hanya aku dan mereka terkubur, kau ketawa gembira.
Lakonan terhebat di alam fana.
Yang kau peduli hanyalah harta.
Yang kau sayang hanyalah nafsu semata-mata.
Yang kau cinta hanyalah dunia.
Lakonan terhebat yang menjanjikan bahagia.
Hanya mampu menipu untuk dia.
Hanya memerlukan bila kau hampir gila.
Hanya di peduli bila kau hampir di hina.
Lakonan terhebat sepanjang masa.
Hanya menunggu untuk menjulang piala.
Hadiahnya cuma satu sahaja.
Neraka Jahanam, itulah jawapannya.
-TIADA TAJUK-
Di sebalik senyuman palsu, tersiratnya satu penderitaan.. Di sebalik ketawa, tersembunyi sebuah barah yang semakin parah.. Di sebalik renungan, terlihat segala penyeksaan batin yang sangat mendalam.. Di sebalik hati, tertulis segala apa yang tak mampu diluahkan, perasaan geram dan marah yang terkunci rapi, kehancuran yang mula memakan diri, ketidakwarasan yang sentiasa menghantui, kekecewaan yang
semakin meninggi, cinta yang hampir pasti pergi dan tangisan hati yang semakin menjadi-jadi. Adakah masih mampu untuk dirawati.. Sedangkan doktor sendiri yang lari.. Hati ini hanya mampu menghitung hari.. Untuk berkubur bersama-sama jasad yang telahpun mati.. Dan bila ku pergi menghadap Illahi, aku doakan agar kau berpuas hati..
SI KECIL
Di atas jalan raya yang basah di simbah hujan, si kecil terus berjalan lemah, dengan berkaki ayam, terhuyung-hayang kerana kelaparan kasih sayang yang tidak lagi membahagiakan.. Menjerit, meraung, dan terus meraung.. Terjatuh, kerana tidak mampu lagi berdiri.. Darah mengalir kembali, luka lama menjadi baru kembali.. Raungan mula perlahan, tangisan tidak lagi kedengaran, patung yang dipeluk tidak lagi kelihatan, hanya lumpur kotor yang membaluti tubuhnya.. Nafas semakin tersekat dek hujan, penglihatan semakin kabur.. Terkial-kial mencapai patungnya, dan terus memeluk, semakin lemah dan terus terkulai.. Hanya patung menjadi saksi setia.. Patung..
SANG BULUH PERINDU
Maka sang buluh perindu mula memperdengarkan syair cinta, sungguh puitis bunyinya. Lantas syair mula menyerap, bersatu bersama hati, menari perlahan dan menghayati alunan dan belaian lagu sang buluh perindu. Seraya perasaan mula menukar rentak, air mata mula berlinangan, dan tiupan sang buluh perindu semakin sebak, semakin pilu, semakin perlahan. Sang bulan memunculkan diri, memancarkan cahaya malap, seiring dengan alunan merdu sang buluh perindu.. Walaupun seketika, walaupun berjauhan, mereka tetap bersama, menghayati alunan syair cinta sang buluh perindu, sang pencinta agong..
-TIADA TAJUK-
Awan hitam menyergah ganas, mencakar bumi dengan kuku putihnya, menakluki tanah berdebu dengan darahnya, jeritan yang membalut tubuh dengan ketakutan, pasti akan menjadi lumpur yang hanyir. Tetapi si bunga kecil yang hampir layu, tetap setia, tetap utuh dan teguh, walaupun hanya tinggal sekelumit nafas dan akar, setia menunggu sinar sang cahaya, walaupun hanya sesaat..
SAYANG
Dikala bibir mula mengucup kasih ke dahimu.. Dikala tangan membelai lembut seraut wajah terindahmu.. Dikala mata merenung sang puteri yang lena di buai mimpi bahagia.. Sungguh indah, sungguh putih. Di saat itulah perasaan sayang semakin menyemai, subur di hati sang pria yang dipenuhi dengan kehitaman.. Manik-manik cinta mula mengalir, membasahi pipi, lantas dengan lembutnya di usap dengan sepenuh perasaan sayang..
Subscribe to:
Posts (Atom)