Monday, November 14, 2011

cerita di kedai DVD.

Gua bersama childhood friend berjalan - jalan di E-Mart selepas lepak2 di Seven on Seven. Gua singgah di kedai DVD nak cari DVD blue, tapi dia tak jual. Gua tanya cerita lain.

Aku: Tokey, itu cerita Paranormal Activity 3 sudah ada ka?

Tokey: Ada2, lu mau?

Aku: Tidak, gua tanya saja.

(beberapa saat kemudian)

Aku: Mesti la gua mau. Mintak 1.

(toke senyum sambil tunjuk gigi dan hulurkan DVD PA3)

Tokey: 5 ringgit boss.

Aku: Jap, ini clear ka?

Tokey: Clear boss.

Aku: Boleh test?

Tokey: Tidak boleh test boss.

Aku: Apa pasal tidak boleh test?

Tokey: KAMI TIDAK ADA DVD PLAYER.

Aku: Kedai DVD tak ada DVD player? Biar betul lu?

Tokey: Betul.

Aku: Kalau tidak clear macam mana?

Tokey: Boleh tukar boss.

Aku: Mintak resit.

Tokey: Tiada resit boss, lu beli DVD saja ma.

Aku: Abes, kalau tidak ada resit, macam mana saya mau tukar?

Tokey: Lu datang sini, lu kasi tukar saja.

Aku: Boleh ka?

Tokey: Boleh.

Selepas itu gua blah. Gua pasang DVD di rumah. Hasilnya, gambar sangat clear. Clear macam taik. Lu tau clear macam taik?

Macam taik.

p/s: Mohon sokong ORIGINAL. Terima kasih.